UJIAN LISAN AKHIR TAHUN 1430H/2009M BERMULA PADA 12HB OKTOBER HINGGA 31HB OKTOBER 2009M

Tuesday, October 20, 2009

Mini Konvokesyen dan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Tahun 2008





Majlis Mini Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Tahun 2008 telah berlangsung pada hari Isnin, 19 Oktober 2009. Tetamu Kehormat Majlis Ustaz Abdullah bin Haji Muhammad, Pegawai Pengajian Islam, Bahagian Pengajian Islam Daerah Belait. Turut hadir pegawai-pegawai Bahagian Kenaziran dan Ibubapa/Penjaga Murid. Seramai 87 Orang Pelajar yang menerima Sijil Peperiksaan SSSRU 2008.

Sambutan Hari Guru & Hari Raya Aidilfitri









Majlis Sambutan Hariu Guru dan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009.

Monday, September 7, 2009

Peraduan Tahlil & Doa Arwah Peringkat Akhir Daerah



05/09/2009 - Peraduan Tahlil dan Doa Arwah Peringkat Akhir Daerah Belait yang telah diadakan di SUSTARLUM berjalan dengan lancar dan diucapkan tahniah kepada yang berjaya dan pasukan yang Johan dan layak ke peringkat akhir Negara akan bertanding pada 9 September 2009 di Sekolah Ugama Beribi.

Keputusan peraduan:

Pasukan Peserta Lelaki:

Johan : Sekolah Ugama PJN Pengiran Abu Bakar Mumong
Naib Johan : Sekolah Ugama Sayyidina Ali Kuala Belait
Ketiga : Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan SOAS Kuala Belait

Pasukan Peserta Perempuan:

Johan : Sekolah Ugama PJN Pengiran Abu Bakar Mumong
Naib Johan : Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut
Ketiga : Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan SOAS Kuala Belait

Tidak lupa diucapkan terima kasih kepada semua warga SUSTARLUM yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan majlis tersebut.

Pertukaran Tempat Bertugas



24/09/2009 - Cikgu Jalias bin Abdullah telah bertukar tempat bertugas ke Sekolah Ugama PSN Hj Muhd Yusof Lorong Tiga Selatan Seria. Semoga jasa-jasa dan usaha beliau dalam mendidik anak-anak dan memajukan aktiviti dan indahan sekolah, mudah-mudahan akan dibalas oleh Allah.

Pihak sekolah mendoakan beliau akan terus maju dan berjaya dalam semua bidang pengajaran dan sebagainaya.

Monday, August 17, 2009

Majlis Membaca Ratib al-'Attas bersama Yang berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Md. Zain Bin Hj. Serudin




SUSTARLUM (17.08.2009) - Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Hj Md. Zain bin Hj serudin Menteri Hal Ehwal Ugama Kementerian Hal Ehwal Ugama hadir bersama-sama untuk membaca ratib al-'Attas dan diselajurkan dengan solat hajat, doa kesyukuran dan doa tolak bala (H1N1).

Saturday, August 15, 2009

Pertukaran Tempat Bertugas


SUSTARLUM - Cikgu Nur Aisamuddin bin Muhd Hanafi telahpun bertukar ke Pusat Dakwah Islamiah Daerah Belait. Beliau adalah Ketua Bahagian Disiplin dan telah banyak berjasa kepada pihak sekolah. Semoga jasa-jasa beliau dibalas oleh Allah Ta'ala jua Amin....

Saturday, August 1, 2009

PEPERIKSAAN LISAN SSSRU 1430H / 2009M

02/08/2009 - Peperikssan Lisan SSSRU bagi darjah VI akan bermula pada 03/08/2009 (Hari Isnin) hingga 12/08/2009 (Hari Rabu). Semoga semua murid-murid dan pelajar dapat bersedia dan berusaha untuk memperolehi keputusan yang cemerlang. Guru-guru tidak melupakan mendoakan semoga semua berjaya..Amin...

Tahniah buat Cgu Hj Rudy



27.07.2009 - Cgu Hj. Muhd Rudy telahpun menyambung pengajiannya di KUPUSB. Warga sekolah mengucapkan 'TAHNIAH' dan mendoakan semoga berjaya.